SEDAR akan kesilapan sendiri, anggota kumpulan BTS iaitu Suga tampil membuat permohonan maaf susulan insiden ditahan pihak berkuasa atas kesalahan menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk. Menceritakan kejadian yang berlaku, Suga atau Min Yoon Gi, 31, memberitahu dia tidak sedar kesalahan dilakukan termasuk dalam senarai kesalahan undang-undang jalan raya. "Saya telah melanggar akta kerana fikirkan jaraknya sangat dekat. Saya juga tidak sedar menunggang skuter elekttik dalam keadaan mabuk adalah dilarang. Suga berani tampil mengakui kesilapan sendiri. "Saya terjatuh ketika meletakkan kenderaan itu di hadapan rumah dan polis berdekatan tampil membuat ujian pernafasan. "Walaupun tiada mangsa terlibat dan kerosakan harta awam, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Saya mohon maaf," katanya dalam satu kenyataan. Suga turut memaklumkan dia dikenakan denda serta lesennya dibatalkan. ARTIKEL BERKAITAN: Ditemui terbaring di tepi jalan, Suga BTS ditahan pandu skuter eletrik dalam keadaan mabuk ARTIKEL BERKAITAN: Suga BTS daftar masuk latihan ketenteraan, peminat dilarang berkumpul ucap selamat tinggal Dalam masa sama dia juga berjanji akan lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan sama. Balai Polis Yongsan di Seoul sebelum itu mendedahkan pihak mereka telah menahan Suga untuk menjalani siasatan susulan kejadian yang berlaku pada Selesa. Penyanyi itu kemudian dibebaskan di bawah pengawasan polis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!