suria

Guna nama Ayluna Putri, Lucinta Luna sertai Miss Universe

Lucinta sekali lagi mencipta sensasi.

PERCUBAAN selebriti sensasi Lucinta Luna menghantar mesej kepada pengarah Miss Universes Indonesia berhasil apabila dia berjaya mendaftar masuk menyertai pertandingan tersebut tahun ini.

Walaupun hanya sekadar mendaftar sebagai peserta peringkat negara, Lucinta atau Muhammad Fattah sudah memasang impian membawa pulang trofi Miss Universe jika berjaya mewakili Indonesia.

"Saya amat terharu sampai menangis. Semoga saya berjaya membawa pulang mahkota Miss Universe pertama untuk Indonesia," katanya.

lucinta luna 1

Lucinta tunjuk bukti penyertaan.

Lucinta berkongsi kegembiraan tersebut di laman Instagram miliknya.

Dia juga memuat naik gambar pengesahan penyertaan di bawah nama Ayluna Putri.

Usaha Lucinta ini bermula apabila dia sendiri yang menghantar mesej kepada Teuku Zacky yang merupakan pengarah Miss Universe Indonesia bagi meminta kebenaran menyertai pertandingan ratu cantik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna keliru nak pakai telekung atau kain pelikat ketika solat, tindakan tukar jantina penyesalan luar biasa

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna dedah ‘tidur’ dengan 28 pelakon terkenal Indonesia, menyesal buat pembedahan buang zakar

Meskipun medapat sokongan ramai, tidak kurang juga ada mengecam kerana ini merupakan pertama kali peserta transgender menyertai pertandingan berprestij tersebut.

Malah Lucinta juga sudah mula menjalankan kempen di sosial media meraih sokongan orang ramai

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain