TULAR video memaparkan penyanyi Cardi B bertengkar dengan orang awam ketika menghadiri sebuah acara di New York pada 29 Julai lalu. Pergaduhan dikatakan berpunca daripada kehadiran paparazi yang memenuhi lobi sebuah apartmen sehingga menyukarkan orang awam untuk lalu lalang di kawasan tersebut. Susulan itu, seorang wanita bertindak menendang sebuah kenderaan jenis Cybertruck yang diparkir berdekatan kawasan tersebut sebagai tanda protes. Aksi Cardi berperang mulut dengan orang awam mengundang kecaman netizen. Bengang melihat tindakan tersebut, Cardi B memberitahu dia merakam aksi wanita tersebut dan mengugut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. "Saya rakam apa awak buat, perempuan gila! Habislah awak, saya akan ajar awak cukup-cukup," katanya. Menerusi video yang viral, Cardi dilihat memekik ke arah wanita tersebut dari tingkap kereta SUV miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Veneer tercabut lepas kunyah roti keras, Cardi B buat ‘live‘ tunjuk gigi rongak ARTIKEL BERKAITAN: Sehari selepas fail cerai terhadap Offset, Cardi B umum hamil anak ketiga Bagaimanapun, Cardi menerima kecaman hebat di media sosial kerana bergaduh dengan wanita berkenaan. Tampil mempertahankan diri, Cardi berkongsi semula video tersebut dan menjelaskan dia hanya mahu membela nasib pemilik Cybertruck berkenaan. "Kenapa kamu semua nak buat saya nampak jahat sedangkan saya nak pertahankan dia sahaja. Suka hatilah!" jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!