suria

Tak sampai sebulan bercinta... Hwang Jung Eum dan atlet bola keranjang putus, tertekan hubungan jadi perhatian

Jung Eum dan Jong Kyu pilih jalan berpisah.

BELUM sampai sebulan mengumumkan percintaan, hubungan pelakon Hwang Jung Eum dengan atlet nasional bola keranjang Korea Selatan bernama Kim Jong Kyu dilaporkan sudah berakhir.

Perkara tersebut disahkan oleh wakil pengurusan Jung Eum iaitu Y1 Entertainment yang memberitahu kedua-dua mereka bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

"Pelakon Hwang Jung Eum membuat keputusan untuk meneruskan hubungan baik dengan seorang lelaki yang dikenalinya baru-baru ini," jelas wakil berkenaan.

hwang eum

Jung Eum bersama bekas suami dan anak mereka.

Meskipun tidak menyebut nama, namun kenyataan tersebut jelas selepas Jung Eum dan Jong Kyu sama-sama mendedahkan hubungan romantis mereka sejak 22 Julai lalu.

Sementara itu, menurut teman rapat kepada Jung Eum, antara punca mereka mengakhiri hubungan cinta adalah disebabkan faktor tekanan.

Mereka yang mula berkenalan sejak beberapa bulan lalu cuba untuk merahsiakan hubungan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersilap tuduh wanita ada skandal dengan suami, Hwang Jung Eum berdepan saman fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Jong Suk dan IU didakwa sudah berpisah, peminat yakin belum putus hanya khabar angin

Bagaimanapun kisah mereka terus menjadi perhatian selepas secara terbuka berkongsi tentang percintaan tersebut sehingga menimbulkan rasa kurang selesa.

Dalam masa sama, Jung Eum juga kini masih dalam proses perbicaraan mahkamah melibatkan perceraian dengan bekas suaminya selapas mereka mengumumkan berpisah pada Februari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain