suria

Hidup Chris Evans berubah selepas bela anjing, buang tabiat buruk dan lebih suka lepak rumah

Chis Evans sayang anjingnya.

PELAKON Chris Evans mendedahkan dia mempunyai tabiat kurang sihat apabila gemar mengambil makanan ringan sewaktu berada di set penggambaran.

Kata Chris atau Christopher Robert Evans, 43, tabiat buruk itu bagaimanapun berubah selepas dia memelihara seekor anjing diberi nama Dodger yang banyak mengajarnya menjadi seorang yang lebih menjaga pemakanan.

"Jika saya sedang penggambaran filem, waktu makan jadi tidak betul tapi haiwan kesayangan saya yang banyak ajar saya untuk jaga makanan serta diet.

830 x 533 (6)

Chris Evans lebih selesa luangkan masa bersama haiwan peliharaanya.

"Saya selalu berikan dia makanan sihat jadi dengan saya sekali akan ikut, walaupun usia anjing saya 10 tahun tapi dia masih aktif dan selalu berjalan" kata Chris.

Kata pelakon filem Captain America ini lagi, kehidupannya banyak berubah setelah mengambil keputusan untuk memelihara anjing berkenaan sejak tahun 2017.

"Keputusan untuk memeliharanya itu satu keputusan yang tepat pernah dibuat kerana dia (anjing) macam tahu apabila saya pulang ke rumah pasti akan teman saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketagih media sosial, Chris Evans nyahaktif akaun Twitter dan Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Lesen Justin Timberlake digantung 2 minggu selepas didakwa memandu dalam keadaan mabuk

"Dodge adalah anjing yang sangat istimewa kerana dia boleh tahu perasaan saya... kalau tengah susah hati pasti akan datang dekat dengan saya," ujarnya.

Sementara itu, Chris memberitahu dia kini lebih banyak meluangkan masa di rumah bersama anjingnya berbanding melepak diluar rumah bersama rakan-rakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain