LESEN memandu penyanyi Justin Timberlake digantung selama dua minggu selepas ditahan di New York, Amerika Syarikat pada Jun lalu. Memetik laporan Mirror, Justin membuat penampilan secara virtual menerusi pautan video dari Antwerp di Belgium, di mana lokasi dia sedang mengadakan jelajah untuk mempromosikan album baharu. Penyanyi lagu Sexy Back ini mengaku tidak bersalah dan wakil peguamnya iaitu Edward Burke Jr, menolak kes tersebut dalam dokumen pertuduhan dan menegaskan bahawa anak guamnya tidak mabuk. Justin ditahan pihak polis pada 18 Jun lalu. Perbicaraan kes melibatkan penyanyi berusia 43 tahun itu akan disambung pada 9 Ogos ini. Pada 18 Jun lalu, Justin ditahan ketika memandu dalam keadaan mabuk di New York, Amerika Syarikat namun dibebaskan dengan jaminan. ARTIKEL BERKAITAN: Buat hal! Justin Timberlake ditahan polis ARTIKEL BERKAITAN: Foto 'mugshot' Justin Timberlake ditahan polis jadi bahan pameran, dijual pada harga RM2,500 Menerusi dokumen mahkamah, pihak polis melihat penyanyi berkenaan memandu kenderaan jenama BMW berwarna kelabu. Justin didakwa gagal menghentikan kenderaan di papan tanda berhenti dan dua kali melencong dari lorong sepatutnya. Menurut keterangan pihak polis, penyanyi itu turut berada dalam keadaan mabuk dan tidak stabil. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!