suria

Thariq Halilintar cukur jambang dan misai, Aaliyah Massaid anggap suami kurang macho

Aaliyah tak sanggup melihat perubahan pada wajah Thariq.

PENAMPILAN baharu personaliti media sosial Thariq Halilintar mencukur bersih jambang dan misainya menjadi bualan hangat ramai.

Bukan sahaja netizen, isteri Thariq iaitu Aaliyah Massaid turut terkejut melihat perubahan suaminya.

Menurutnya, dia berasa kecewa melihat wajah suaminya tanpa jambang.

"Aku juga masih terkejut dan cuba untuk biasakan diri tengok muka dia.

Copy of Untitled (7)

Pasangan ini dalam perjalan untuk percutian bulan madu mereka.

"Saya tak suka! Semoga lepas kapal terbang mendarat tumbuh balik jambang dia," katanya.

Aaliyah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory memaparkan tangkap layar mesej dari pengikutnya yang memepersoalkan penampilan terkini Thariq.

Sebelum ini, Thariq membuat keputusan mencukur semua jambangnya sebelum berangkat ke destinasi bulan madu bersama Aaliyah.

Dalam pada itu, Aaliyah berpendapat Thariq kelihatan kurang segak dan nampak lebih muda tanpa jambangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah ‘segunung’ wang tunai buat isteri, bukti cinta Atta Halilintar terhadap Aurel

ARTIKEL BERKAITAN: Thariq Halilintar sah bergelar suami Aaliyah Massaid, Presiden Indonesia jadi saksi

"Tak nampak macam suami orang langsung, tak macho!

"Tolonglah kembalikan semula suami saya, Ya Allah," ujarnya.

Untuk rekod, Thariq dan Aaliyah baru sahaja bergelar suami isteri selepas sah berkahwin pada 26 Julai lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain