suria

Gagal tamatkan pelajaran, penghinaan bapa sendiri terpahat dalam ingatan Baim Wong

Bapa Baim Wong pernah rendahkan dirinya.

BAPA kepada Baim Wong iaitu Johni Wong pernah memandang rendah terhadap pelakon tersebut hanya disebabkan dia gagal menamatkan pelajaran.

Baim atau Muhammad Ibrahim, 43, berkata, walaupun dihina bapa sendiri namun insiden itu antara pemangkin semangatnya untuk menjadi seorang pelakon berjaya di Indonesia.

"Ayah saya sendiri pernah merendahkan maruah saya tapi perkara itu membuatkan saya berazam menjadi orang paling kaya.

830 x 533 (4)

Baim Wong pernah dipandang rendah oleh bapanya.

"Kita hanya perlu buktikan kepada mereka dan saya berada di tahap saya sekarang kerana mereka merendah-rendahkan saya," katanya.

Dalam pada itu, Baim memberitahu dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap bapanya kerana merasakan dia tidak perlu berbuat demikian.

Bukan hanya bapanya, Baim juga tidak pernah menyimpan perasaan dendam terhadap mereka yang pernah menghinanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Baim Wong didakwa sedang bergolak, tidak lagi tinggal bersama isteri dan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Terikut-ikut trend pelik, Baim Wong dituduh tak sayang anak

“Sama juga seperti orang lain yang pernah merendahkan saya dulu, tetapi saya tidak pernah terfikir untuk membalas dendam,” luahnya.

Untuk rekod pelakon drama Benci Bilang Cinta itu sudah memulakan kariernya sebagai seorang pelakon sejak tahun 1997.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain