suria

Sehari selepas fail cerai terhadap Offset, Cardi B umum hamil anak ketiga

Cardi B sekali lagi memfailkan cerai terhadap suaminya iaitu Offset.

SEHARI selepas memfailkan cerai terhadap suaminya, penyanyi rap Cardi B berkongsi khabar gembira dia kini sedang hamil anak ketiga.

Cardi atau Belcalis Marlenis Cephus, 32, mendedahkan berita kehamilannya menerusi hantaran di Instagram dengan memaparkan fotonya dalam persalinan merah menampakkan perutnya yang semakin membesar.

Penyanyi rap ini memberitahu kehamilan itu adalah penguat semangatnya ketika berdepan pelbagai dugaan berkaitan rumah tangganya.

"Dalam setiap pengakhiran pasti ada permulaan baru. Awak adalah bukti kasih sayang, kehidupan dan lebih penting memberi semangat baru.

cardi b 2

Cardi mendedahkan kehamilannya menerusi hantaran di Instagram.

"Tak sabar untuk awak menjadi saksi bagaimana awak membantu saya mencapai semua ini. Semuanya jadi lebih mudah.

"Awak, abang dan kakak mendorong saya untuk melalui semua ini," katanya pada kapsyen foto berkenaan.

Pada Rabu lalu, Cardi memfailkan penceraian terhadap penyanyi rap Offset selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Peguam penyanyi rap berkenaan memaklumkan keputusan tersebut dibuat susulan masalah rumah tangga mereka yang berlarutan.

ARTIKEL BERKAITAN: 50,000 peminat sanggup berpanas, panjat bukit demi tonton konsert Taylor Swift percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga mengaku dah bertunang depan PM Perancis, sama-sama tonton Olimpik Paris 2024

Pada September 2020, Cardi pernah memfailkan cerai terhadap Offset selepas anggota kumpulan Migos itu didakwa beberapa kali curang terhadapnya.

Bagaimanapun Cardi membatalkan permohonan cerai terhaap Offset selepas memaafkan perbuatannya.

Pada Disember tahun lalu, Cardi mengumumkan dia sudah berpisah dengan Offset walaupun masih dilihat bersama dan mengekalkan hubungan baik.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kulture Kiara, 6 dan Wave Set, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain