suria

Kantoi curang dengan isteri orang, Jang Shin Young enggan ceraikan Kang Kyung Joon

Shin Young tetap mahu bersama suaminya.

SUDAH beberapa kali dicurangi, pelakon Jang Shin Young tetap teguh disamping suaminya iaitu aktor Kang Kyung Joon.

Xports News melaporkan Shin Young tidak akan sesekali berpisah dengan Kyung Joon walau apa pun keadaan.

Menurut peguam yang mewakili Kyung Joon, pasangan itu juga mengambil keputusan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

Copy of Untitled - 2024-08-01T173918.523

Pasangan ini tiada perancangan untuk berpisah.

"Sebelum ini timbul spekulasi mengatakan mereka mempertimbangkan keputusan untuk bercerai.

"Namun nampaknya pasangan ini masih mahu meneruskan rumah tangga mereka dan tiada perancangan untuk bercerai," katanya.

Sebelum ini, nama Kyung Joon menjadi perhatian ramai apabila timbul bukti perbualan mendakwa dia menjalinkan hubungan dengan seorang wanita berstatus isteri orang.

Seorang lelaki memfailkan saman terhadap Kyung Joon atas dakwaan menjalinkan hubungan dengan isterinya sehingga menyebabkan rumah tangga mereka bermasalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesej curang Kang Kyung Joon tersebar, ramai simpati dengan Jang Shin Young

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki bongkar Kang Kyun Jun ada hubungan sulit dengan isterinya, minta ganti rugi RM178,000

Lelaki berkenaan menuntut ganti rugi sebanyak RM178,000 susulan kes tersebut.

Pada 24 Julai lalu, Kyung Joon mengaku bersalah atas segala pertuduhan terhadapnya.

Untuk rekod Kyung Joon dan Shin Young mendirikan rumah tangga pada 2018 selepas mereka bertemu ketika sama-sama berlakon dalam drama Flower of Revenge.

Hasil perkahwinan tersebut mereka memiliki dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain