suria

Bergurau tentang malam pertama Thariq, Atta Halilintar dianggap kurang ajar

Atta dan Aurel dianggap tidak sensitif tanya hal malam pertama kepada Thariq dan Aaliyah.

PEMPENGARUH media sosial terkenal Indonesia Atta Halilintar dianggap kurang ajar apabila bertanya soalan tentang malam pertama adik lelakinya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Netizen meluahkan rasa marah apabila Atta, 30, bertanya soalan kepada adiknya iaitu Thariq Halilintar tentang 'persembahannya' bersama isteri iaitu Aaliyah Massaid dengan merujuk malam pertama mereka sebagai 'bertani'.

Tidak hanya Atta, isterinya iaitu Aurel Hermansyah turut dikecam pengikut mereka yang dituduh seolah-olah tiada perasaan malu apabila ketawa besar mendengar soalan suaminya itu.

"Macam mana malam pertama awak?

size NP 1 - 2024-08-01T164022.794

Atta dan Aurel dikecam selepas bertanyakan soal malam pertama kepada Thariq dan Aaliyah.

"Bagaimana keadaan pertanian? Maksud saya semalam, Thariq bertani," katanya.

Mendengar soalan itu, Thariq dan Aaliyah hanya mampu ketawa tanpa memberi jawapan kepada abangnya.

Walaupun perbualan itu dianggap gurauan di antara adik-beradik namun tindakan Atta memuat naik rakaman itu ke saluran YouTube miliknya mengundang kemarahan pengikutnya.

"Kenapa Atta dan Aurel tanya soalan sensitif macam itu? Urusan malam pertama orang pula yang mereka sibukkan!

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah ‘segunung’ wang tunai buat isteri, bukti cinta Atta Halilintar terhadap Aurel

ARTIKEL BERKAITAN: Thariq Halilintar sah bergelar suami Aaliyah Massaid, Presiden Indonesia jadi saksi

"Jujurnya memang geli apabila orang bercakap tentang malam pertama. Ia adalah peribadi walaupun dalam kalangan ahli keluarga.

"Gurauan seperti ini dalam keluarga mungkin perkara biasa tetapi jika disiarkan di media sosial ia sememangnya tidak baik," tulis netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Atta mendirikan rumah tangga dengan Aurel pada 3 April 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 2 dan Azura, 8 bulan.

Manakala, Thariq, 25, dan Aaliyah baru sahaja bergelar suami isteri selepas sah berkahwin pada 26 Julai lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain