MASIH belum mampu terima kenyataan, pelakon Tamara Tyasmara mendedahkan dia menyediakan makanan kesukaaan Allyarham anaknya iaitu Dante setiap hari. Kata Tamara, makanan yang disiapkan diletakkan di atas meja bersama foto dan barang milik arwah bagi melepaskan rindu. "Semuanya (buatkan saya teringat pada Dante), sebab semua benda saya buat dengan dia. "Apatah lagi makanan kesukaan dia, saya selalu masak untuk dia setiap hari tak kisah sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Tamara masih tidak mampu melupakan Dante. "Makanan itu akan saya letak depan foto dia," katanya. Dalam pada itu, Tamara berdepan kesukaran untuk meneruskan kehidupan seperti biasa kerana sering teringatkan Dante. Jelasnya, dia lebih suka pulang lewat malam ke rumah selepas penggambaran kerana tidak mahu melihat keadaan rumahnya tanpa Dante. "Sampai sekarang saya tak boleh balik siang ke rumah, mesti kena balik waktu malam. ARTIKEL BERKAITAN: Tamara Tyasmara dikawal polis, menyesal tinggalkan anak dengan kekasih ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih dibawa ke lokasi pembunuhan anak, Tamara Tyasmara mahu benam kepala Yudha dalam kolang renang "Selepas pengambaran dan bila saya dah betul-betul mengantuk baru balik. Saya tak sanggup tengok semua sudut dalam rumah!" jelasnya. Dante meninggal dunia selepas ditemukan mati lemas di sebuah kolam renang pada 27 Januari lalu. Hasil siasatan mendapati kekasih Tamara iaitu Yudha Arfandi merupakan suspek membunuh kanak-kanak malang berkenaan. Rakaman litar tertutup (CCTC) di premis berkenaan mendapati Yudha bertindak membenamkan kepala Dante beberapa kali dalam kolam renang sehingga mati. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!