suria

Penantian 5 tahun berakhir, Syahrini bersalin anak pertama di Singapura

Copy of Untitled (3)

PENANTIAN lima tahun menanti kehadiran cahaya mata berakhir apabila penyanyi Syahrini mendedahkan selamat melahirkan bayi sulungnya pada Khamis.

Berkongsi berita gembira itu, Syahrini memaklumkan dia melahirkan bayi berkenaan di Singapura.

"Masya-Allah. Bismillahirrahmanirrahim. Singapura, 1 August 2024," katanya menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

Copy of Untitled (3)

Syahrini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan cahaya mata sulungnya.

Apa lebih istimewa, Syahrini memberitahu dia dan bayinya itu turut berkongsi tarikh lahir yang sama.

Penyanyi itu turut menyifatkan penantian selama lima tahun itu sebagai pengakhiran yang indah apabila perkahwinannya degan Reino Barack akhirnya dikurniakan zuriat.

"Bertambahnya usia tahun ini, dan hari ini bertepatan dengan kelahiran buah hati kami.

"Penantian panjang yang berhujung indah," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syahrini umum hamil anak pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan nampak berbeza berbanding foto di IG, peminat syak Syahrini sedang hamil

Syahrini dan Reino bagaimanapun masih merahsiakan nama dan jantina bayinya.

Dipercayai, Syahrini berkemungkinan menimang cahaya mata perempuan berdasarkan warna merah jambu pada foto yang dimuat naik di Instagram.

Untuk rekod, Syahrini mendirikan rumah tangga bersama Reino pada 27 Februari 2019 di Masjid Tokyo Camii, Jepun.

Selepas berumah tangga, Syahrini mengambil keputusan untuk berehat dari dunia seni.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain