suria

Impian jadi kenyataan, datuk 76 tahun ‘flex’ foto bersama IU - “Saya terpaksa memeluknya kembali”

Latet anggap perjumpaan dengan IU seperti mimpi menjadi kenyataan.

PENYANYI IU dipuji netizen selepas mengotakan janji untuk bertemu dengan peminatnya yang merupakan seorang lelaki berusia berusia 76 tahun bernama Zev Latet.

Latet yang terkenal dengan rasa cintanya terhadap drama Korea serta sangat mengagumi IU, meluahkan rasa gembira kerana dapat berjumpa dengan artis kegemarannya.

"Walaupun terpinga-pinga daripada konsert itu, saya rasa seperti berjalan di atas awan.

"IU memeluk saya dan saya terpaksa memeluknya kembali. Ia benar-benar mimpi yang menjadi kenyataan," katanya.

size NP 1 - 2024-08-02T140211.825

IU dipuji kerana mengotakan janji kepada Latet.

Pada 1 Ogos, Latet berkongsi foto di saluran YouTube miliknya iaitu Zev Does KDrama yang menampilkan dia, isterinya dan IU bergambar bersama.

Dalam foto itu, IU berdiri di antara Latet dan isterinya, membuat bentuk hati dengan tangannya manakala pasangan itu melengkapkan bentuk hati yang lebih besar di atas kepala mereka.

Perjumpaan khas ini dijayakan melalui jemputan peribadi daripada IU.

ARTIKEL BERKAITAN: Tabiat kunyah 150 kali sebelum telan bawa padah, gigi IU rosak teruk

ARTIKEL BERKAITAN: Tajam mata netizen... Lee Jong Suk hadir konsert IU, duduk sekali dengan penonton

Sebelum ini IU menjemput Latet untuk datang berjumpanya pada konsert jelajah dunia penyanyi itu di Oakland pada 30 Julai lalu.

Lelaki itu juga dengan bangga berkongsi pemberian hadiah IU kepadanya seperti rantai kunci, tali leher dan penyepit rambut tradisional Korea.

Latet juga mendapat gelaran 'American Uaena Grandpa' kerana rasa cintanya terhadap IU yang sangat mendalam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain