HUBUNGAN pelakon Lee Jong Suk dan kekasihnya iaitu penyanyi IU didakwa sudah berakhir. Perkara itu mula menjadi bualan hangat netizen selepas mereka berdua dilihat sudah jarang keluar bersama seperti kebiasaan. Malah agensi kedua-dua artis tersebut juga masih berdiam diri dan tidak menjawab khabar angin perpisahan itu. Berita Jong Suk dan IU pernah bercuti bersama pernah tular sebelum ini. Bagaimanapun, peminat masih berharap Jong Suk, 34, dan IU, 31, tidak berpisah, sebaliknya ia hanyalah andaian netizen semata-mata. “Mereka kelihatan sangat baik bersama. Mereka berdua harus tinggal bersama selama 100 tahun. “Mereka belum putus. Itu semua hanya khabar angin. Saya percaya mereka akan mengumumkan perkahwinan mereka tidak lama lagi. “Saya peminat IU dan saya di sini untuk memberitahu anda bahawa mereka masih bercinta,” tulis netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Tajam mata netizen... Lee Jong Suk hadir konsert IU, duduk sekali dengan penonton ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi bercuti di Jepun, Lee Jong Suk akhirnya mengaku bercinta dengan IU Pada Khamis lalu, laporan berita mendakwa pasangan ini sudah berpisah menjadi tular. Dalam catatan itu, penulis membuat dakwaan sambil merujuk kepada artikel mengenai IU dan Jong Suk menghabiskan hari cuti mereka secara berasingan. Pasangan itu dilaporkan mula menjalinkan hubungan cinta sejak Disember 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!