suria

Netizen tak percaya Syahrini lahirkan anak pertama, minta tunjuk bukti video bersalin

Syahrini berkongsi foto menunjukkan kaki bayi perempuannya.

SELEPAS terpalit kontroversi dituduh kononnya memalsukan kehamilan, penyanyi Syahrini akhirnya berkongsi foto kaki anak sulungnya yang dilahirkan pada Khamis lalu.

Menerusi perkongsian foto tersebut, Syahrini atau Rini Fatimah Zaelani, 44, dan suaminya iaitu Reino Barack dilihat memegang kaki bayi mereka yang diberi gelaran sebagai 'R'.

"Selamat datang ke dunia wahai puteri kami 'R'. Singapura, 1 Ogos 2024," tulisnya ringkas.

Netizen mahu bukti video Syahrini melahirkan cahaya mata.

Netizen mahu bukti video Syahrini melahirkan cahaya mata.

Syahrini berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Perkongsian foto itu kemudian dikongsi oleh beberapa akaun Instagram gosip artis dan menarik perhatian netizen yang masih tidak mempercayai bahawa penyanyi Indonesia itu melahirkan cahaya mata.

Lebih teruk lagi, netizen memberitahu mereka mahu melihat video saat Syahrini melahirkan bayi sebagai bukti penyanyi tersebut tidak berbohong.

ARTIKEL BERKAITAN: Syahrini umum hamil anak pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 5 tahun berakhir, Syahrini bersalin anak pertama di Singapura

"Saya tetap tidak percaya kalau tiada video proses melahirkan anak, masuk bilik hospital, momen di bilik bedah seperti artis-artis lain.

"Sebagai peminat, sebelum ini sewaktu mandi air dicurahkan ke kaki pun dia (Syahrini) rakam video, hairan juga kenapa tak ada video kunjungan doktor termahal di Singapura sambut kelahiran bayi mereka," tulis netizen.

Pada 1 Ogos lalu, penantian lima tahun kehadiran cahaya mata berakhir apabila Syahrini memaklumkan selamat melahirkan cahaya mata pertama.

Syahrini memaklumkan dia melahirkan bayi berkenaan di Singapura.

syahrini1 - 1

Syahrini dan Reino menunggu lima tahun menantikan cahaya mata pertama.

Apa lebih istimewa, Syahrini memberitahu dia dan bayinya itu turut berkongsi tarikh lahir yang sama.

Untuk rekod, Syahrini mendirikan rumah tangga bersama Reino pada 27 Februari 2019 di Masjid Tokyo Camii, Jepun.

Selepas berumah tangga, Syahrini mengambil keputusan untuk berehat dari dunia seni.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain