DALAM gembira menghiburkan orang ramai, pelawak Nunung rupanya mempunyai kisah hidup yang sedih bersama keluarganya. Menurut Nunung atau Tri Retno Prayudati, 61, dia berasal dari keluarga susah malah sering dipandang sebelah mata. Ceritanya, dia pernah dihalau oleh saudara mara ibunya hanya kerana tidak selesa melihat dia bersama keluarga hadir di sebuah majlis. Nunung berjaya mengangkat martabat keluarga. "Ibu saya ada enam orang adik-beradik dan ada di antara mereka yang kaya. Keluarga saya sering dihalau kalau di rumah nenek mengadakan majlis," katanya. Nunung berkongsi perkara itu semasa menjadi tetamu di rancangan Rumpi: No Secret pada Sabtu. Tidak hanya itu, dia sekeluarga juga pernah dituduh sebagai pencuri hanya kerana saudaranya tersilap meletakkan jam tangan mewah milik mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Nunung jalani pembedahan buang sel kanser, sempat buat lawak tanya keadaan payudara selepas sedar ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tak percaya Syahrini lahirkan anak pertama, minta tunjuk bukti video bersalin "Sejak kejadian itu, ibu saya tidak pernah izinkan kami menziarahi adik-beradiknya lagi," ujarnya. Bagaimanapun, semuanya mula berubah apabila dia bergelar seorang selebriti malah keluarga ibunya mula menjadi baik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!