suria

Telefon bimbit Rizky Febian hilang, tawar ganjaran kepada individu berjaya jumpa

Rizky kehilangan telefon bimbit selepas membuat persembahan nyanyian di Senayan.

PENYANYI Rizky Febian memaklumkan kehilangan telefon bimbitnya selepas menjayakan persembahan nyanyian di sebuah acara yang berlangsung di Spark Senayan, Jakarta pada Ahad.

Rizky berharap individu yang menemukan barang peribadi miliknya itu dapat menghubungi segera dan mengembalikan semula telefon bimbit tersebut.

"Hello, sesiapa yang menonton persembahan saya di festival makanan di Spark Senayan, telefon bimbit saya hilang selepas acara tersebut.

rizky1 - 1

Rizky dan Mahalini berkongsi info tentang kehilangan telefon bimbit di Instastory.

"Bagi yang menemui telefon bimbit itu boleh DM nombor yang tertera pada bio link Instagram saya," katanya.

Rizky berkongi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Rizky memberitahu dia bakal memberikan ganjaran setimpal bagi individu yang menjumpai telefon bimbit miliknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian jalani pembedahan sinus, peminat persoal hidung tiba-tiba jadi mancung

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan kahwin, Rizky Febian puji Mahalini... Bijak urus rumah tangga, siapkan sarapan sebelum keluar kerja

"Pastinya akan diberikan ganjaran setimpal bagi individu yang menjumpai telefon bimbit saya," ujarnya.

Sementara itu, isteri Rizky iaitu penyanyi Mahalini turut memuat naik hantaran di Instastory memohon orang ramai mencari telefon bimbit milik suaminya itu.

"Hi, hari ini (Ahad) suami saya kehilangan telefon bimbit jenis iPhone 15 Pro yang mempunyai foto dibelakang casing telefon tersebut.

"Bagi yang menemui telefon bimbit tersebut sila hubungi nombor yang kami kongsikan ini," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain