PELAKON Zac Efron berdepan detik cemas apabila hampir lemas di sebuah kolam renang ketika bercuti di Ibiza, Sepanyol pada Jumaat. Susulan insiden itu, Zac, 36, terpaksa dikejarkan ke hospital pada hari berikutnya bagi mendapatkan rawatan lanjut. Berita berkenaan bukan sahaja mengejutkan ramai malah rata-rata peminat bimbang dengan keadaan pelakon itu. Zac berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di InstaStory. Mujur tiada masalah yang serius, Zac memberitahu dia berada dalam keadaan baik dan sihat. Terharu dengan keprihatinan peminat, Zac turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya, "Saya gembira dan sihat, terima kasih atas doa anda semua!" katanya menerusi hantaran di InstaStory pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat hilang fokus tonton ‘A Family Affair’, terganggu perubahan wajah Zac Efron ARTIKEL BERKAITAN: Perubahan wajah ketara, Zac Efron buat pembedahan plastik akibat rahang patah Zac berkongsi perkara itu dengan memuat naik foto dirinya sedang bersenam. Sebelum ini, Zac dilaporkan berdepan kemalangan tersebut sehingga terpaksa ditarik keluar oleh pekerja hotel yang berada ditempat kejadian. Bagaimanapun, pengurus peribadi Zac masih tidak mengesahkan punca kemalangan sebaliknya memaklumkan Zac dikejarkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!