suria

Model cantik kena kecam hisap vape di Tanah Suci, Lula mohon maaf tak tahu perbuatan salah

Lula memohon maaf atas perbuatannya menghisap pod di Madinah

MODEL berasal daripada Indonesia iaitu Lula Lahfah menerima kecaman hebat netizen selepas memuat naik satu video memberitahu dia membawa rokok elektronik atau vape di Madinah.

Tampil menjawab kecaman itu, Lula, 25, berkata dia sama sekali tidak mengetahui menghisap rokok elektronik di Tanah Suci adalah perbuatan yang salah.

Justeru itu, Lula membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosialnya.

Lula pergi membuat umrah untuk pertma kali.

Lula memohon maaf atas perbuatannya.

"Saya minta maaf ini satu pembelajaran dan saya janji tidak menghisapnya di kawasan masjid.

"Ini adalah umrah pertama saya, banyak perkara yang saya pelajari.

"Terima kasih kepada semua yang telah menasihati saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Peminat kecewa Jennie dah pandai hisap vape, pihak pengurusan tampil mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN : Pemandu Pak Arab pegang tangan ketika ke Madinah, Kak KM tahan marah takut kena tinggal tepi jalan

Sebelum ini, rata-rata netizen menegur Lula kerana membawa dan menghisap vape di Tanah Suci.

"Rokok elektronik (pod) tu haram Astaghfirullah, mana boleh hisap.

"Tak mungkin tak tahu, orang bermasalah jika ditegur mesti jawapannya tidak tahu, lupa dan sebagainya, itu hanya alasan untuk mereka keluar dari masalah," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain