PELAWAK asal Indonesia Sule pernah berhasrat ingin meninggalkan segala kemewahan kerana sudah berputus asa dengan hidupnya suatu ketika dahulu. Perkara itu didedahkan rakan baiknya iaitu Nunung ketika menjadi tetamu di rancangan Pagi Pagi Ambyar. Menurut Nunung, Sule ingin menjual harta bendanya dan berpindah ke sebuah gunung kerana mahukan hidup yang tenang. Sule dan Nunung kerap berkongsi masalah bersama. Malah dia juga enggan menggunakan telefon bimbit sebagai alat komunikasi kerana tidak diganggu orang ramai. "Sule pernah ingin jual rumah mewah dia dan hidup di gunung. Dia juga mahu mengelak gangguan dengan tidak lagi menggunakan telefon bimbit. "Dia mahu hidup tenang dan hanya berbual bersama monyet," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tempoh berlagak sudah berakhir, Sule jual koleksi kereta mewah bukan sebab tanggung hutang ARTIKEL BERKAITAN: Sule tolak tawaran jadi wakil rakyat, takut kena soal di akhirat Bagaimanapun, Nunung tidak menjelaskan waktu sebenar Sule meluahkan hasrat tersebut. Kata Nunung, semua itu tidak menjadi selepas Sule kembali bersemangat menjalani hidupnya. Namun dia melakukan beberapa perubahan dalam rumahnya untuk terus bersemangat dalam berkarya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!