ANGGOTA BTS iaitu Suga ditahan pihak berkuasa Korea Selatan selepas didapati menunggang skuter eletrik dalam keadaan mabuk. Memetik laporan Allkpop, seorang anggota polis peronda menemui penyanyi berusia 31 tahun itu terbaring bersendirian di tepi jalan pada malam Selasa bersama skuter eletrik. Dia dipercayai terjatuh semasa menunggang skuter berkenaan selepas tidak mampu mengimbangi tubuh badan dengan baik. Pihak pengurusan Suga masih lagi tidak memberi sebarang kenyataan. Katanya, polis menghampiri dan mengesan bau alkohol pada tubuh badannya sebelum di bawa ke Balai Polis Seoul Yongsan. Suga ketika ini dikatakan sedang disisat atas tuduhan melanggar peraturan trafik kerana memandu dalam keadaan mabuk. Ini kerana di Korea Selatan skuter eletrik tertakluk kepada peraturan jalan raya sama seperti kereta. Malah kenderaan berkenaan hanya boleh disewa dan dipandu sekiranya individu berkenaan memiliki lesen yang sah. ARTIKEL BERKAITAN: Suga BTS daftar masuk latihan ketenteraan, peminat dilarang berkumpul ucap selamat tinggal ARTIKEL BERKAITAN: Suga (BTS) positif Covid-19 selepas pulang dari AS, mujur tiada simptom Susulan itu, peminatnya mengecam tindakan Suga yang dikatakan boleh menyebabkan kecederaan kepada orang lain. "Tumpang malu dengan akhlaknya, patut tarik lesen memandu dia! "Cara dia memalukan diri sendiri memang legenda! Dia jatuh seorang diri di tepi jalan," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!