KEMELUT di antara selebriti sensasi Nikita Mirzani dengan anak perempuannya iaitu Lolly akhirnya menemui titik noktah. Nikita, 38, mendedahkan Lolly sudah meminta maaf kepadanya serta menyesal akan semua perbuatan dan kesalahan dilakukan sehingga hubungan mereka berantakan. "Saya ada berbual dengan Lolly dan dia sudah pun minta maaf dekat saya. Dia menyesal dengan apa yang dia lakukan selama ini," katanya seperti dilaporkan Kompas. Nikita yakin Lolly akan faham perjuangannya sebagai orang tua. Dalam pada itu, Nikita yakin anak perempuannya itu akan kembali ke pangkuannya apabila emosi Lolly semakin stabil. Jelasnya, ketika ini Lolly masih ditempatkan di sebuah pusat perlindungan wanita dan remaja di Jakarta bagi proses pemulihan. "Saya tidak mahu paksa dia (kembali ke pangkuan), insya-Allah perlahan-lahan hubungan kami akan kembali pulih seperti sedia kala. "Sebagai ibu saya yakin Lolly tahu apa yang berlaku ini adalah bukti kesungguhan saya berjuang untuknya," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani hantar Lolly ke pusat pemulihan wanita, berazam sumbat kekasih anak dalam penjara ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani buat laporan polis, dakwa kekasih anak rogol dan paksa gugur kandungan Sementara itu, Nikita berazam akan memastikan teman lelaki Lolly iaitu Vadel Badjideh meringkuk dalam penjara atas penganiayan dilakukan terhadap anaknya. "Apa yang pasti saya tidak akan lepaskan dia! Saya akan pastikan dia meringkuk dalam penjara sampai tua," tegasnya. Sebelum ini, Nikita bertindak menyerbu apartmen sewa milik Lolly di Jakarta dan mengheretnya pulang selepas membuat laporan polis terhadap Vadel. Nikita membuat laporan polis terhadap Vadel atas dakwaan lelaki itu merogol Lolly sehingga hamil dan memaksa gadis itu menggugurkan kandungan sebanyak dua kali. Niki tetap berhubung dengan Lolly meskipun menerusi panggila telefon. Bagaimanapun, Vadel tampil menafikan tuduhan berkenaan dan menegaskan dia bersedia untuk mengahwini Lolly secepat mungkin. Untuk rekod, Lolly atau Laura Meizani Nasseru Asry adalah anak hasil perkahwinan pertama selebriti sensasi itu dengan Aizawa Nasseru pada 2006. Sejak dua tahun lalu, hubungan dua beranak ini sering bermasalah sehingga Nikita nekad membuang Lolly dan enggan ada kaitan dengannya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!