suria

Eminem bakal jadi datuk, mengalir air mata dapat berita anak hamil

Eminem kongsi perjalanan hidup Hailie dalam MV lagu baharu.

PENYANYI rap Eminem berkongsi khabar gembira dia bakal bergelar seorang datuk selepas anak perempuannya disahkan hamil anak pertama.

Kisah kehamilan anaknya iaitu Hailie Jade turut diabadikan dalam sebuah muzik video (MV) lagu terbaharunya berjudul Temporary.

Dalam MV tersebut, Hailie dilihat memberi kejutan buat Eminem dengan menghadiahkan sehelai baju jersi yang tertera perkataan Grandpa (datuk).

eminem 2

Ramai tidak menyangka Eminem bakal jadi datuk.

Malah pemilik nama penuh Marshall Bruce Mathers ini, 52, dilihat terkejut apabila memegang kad imbasan ultra bunyi yang menunjukkan Hailie sedang hamil.

Eminem juga kelihatan sedih dan mengalirkan air mata tatkala mendapat khabar gembira itu.

Temporary merupakan salah sebuah lagu yang dimuatkan dalam album terbaharunya berjudul The Death of Slim Shady (Coup De Grace).

ARTIKEL BERKAITAN: Bau kentut Will Smith buat semua cabut lari, set penggambaran ‘Men In Black’ dikosongkan 3 jam

ARTIKEL BERKAITAN: 2 kali tak datang perlawanan kekasih, hubungan Taylor Swift dan Travis Kelce dilaporkan bermasalah

Menarik tentang MV lagu berkenaan, Eminem berkongsi video-video peribadi perkembangan hidup Hailie, 29, sejak anaknya itu masih kecil sehinggalah mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.

Hailie merupakan satu-satunya anak kandung Eminem hasil perkahwian dengan bekas isterinya iaitu Kim Scott.

Dia juga turut menjaga dua lagi anak Kim hasil hubungan terdahulu wanita itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain