suria

Bau kentut Will Smith buat semua cabut lari, set penggambaran ‘Men In Black’ dikosongkan 3 jam

Copy of Untitled - 2024-10-03T115716.588

SET penggambaran filem Man In Black pernah dikosongkan selama tiga jam gara-gara pelakon Will Smith terkentut.

Pengarahnya iaitu Berry Sonnenfeld mendedahkan Will terkentut ketika sedang melakonkan babak dalam sebuah kereta yang ditutup rapat.

Dek penangan bau busuk, pelakon dan kru penggambaran terpaksa keluar dengan memanjat bumbung kereta memandangkan pintu tidak boleh dibuka.

Copy of Untitled - 2024-10-03T115716.588

Berry mengakui tidak dapat tahan bau kentut Will.

"Saya dah Will sedang bersiap-siap untuk sebuah babak dalam kereta. Kereta itu dikunci sebab tak nak ia terbuka.

"Malang tak berbau, tiba-tiba Will minta maaf dekat kami semua dan tahu-tahu saja bau kentut dia sudah memenuhi ruang kereta.

"Kami terus ambil tangga dan cepat-cepat panjat keluar dari kereta, busuk betul kentut dia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jelas dan mudah difahami, Will Smith baca al-Quran sepanjang Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden tampar di Anugerah Oskar buka mata Jada Pinkett, ubah fikiran tinggalkan Will Smith

Tambah pengarah itu, ramai pelakon enggan duduk bersebelahan Will kerana tidak mahu menjadi mangsa bau kentutnya.

"Sejak itu, tiada siapa yang sanggup berada dalam ruang sempit dengan Will apatah lagi duduk di sebelahnya," ujarnya.

Untuk rekod, Will popular dengan watak Agent J menerusi filem Men In Black pada 1997.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain