suria

Netizen ungkit kontroversi pelakon ‘Parasite’, anggap tak layak diberi anugerah sepanjang hayat

Sun Kyun diaggap tidak layak menerima sebarang anugerah.

TINDAKAN penganjur memberi Anugerah Sepanjang Hayat kepada mendiang pelakon Lee Sun Kyun di Festival Filem Antarabangsa Busan pada Rabu mencetuskan kemarahan peminat.

Netizen menganggap Sung Kyun tidak layak menerima sebarang anugerah memandangkan mendiang mempunya rekod yang tidak 'bersih' sepanjang kariernya.

Ini termasuk nama Sung Kyun terbabit dengan beberapa kes membabitkan jenayah penyalahgunaan dadah sebelum ditemukan tidak bernyawa.

"Hanya sebab dia sudah tidak ada bukan bermaksud dia layak menerima penghormatan itu. Dia bukannya pelakon yang baik malah dikenali suka melanggan pelacur.

Copy of Untitled - 2024-10-03T135131.036

Selebriti yang hadir ke majlis tersebut dilihat menitiskan air mata.

"Itu belum melibatkan kes penyalahgunaan dadah dan rasanya tidak perlu memberi penghormatan tertinggi seperti itu," komen netizen.

Pada festival tersebut, pihak penganjur turut menyiarkan semula video temu bual lama bersama Sung Kyun sepanjang hayatnya.

Klip video tersebut menyentuh hati para pelakon dan selebriti yang hadir sehingga ramai menitiskan air mata dek tidak dapat menahan kesedihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan kes dadah Lee Sun Kyun tamat, polis serah 5 suspek kepada pihak pendakwaan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Parasite Lee Sun Kyun ditemukan meninggal dunia dalam kereta

Sebagai penghormatan juga, enam buah filem Sung Kyun bakal ditayangkan semula sepanjang festival berkenaan berlangsung.

Pada 27 Disember tahun lalu, Sun Kyun ditemukan sudah tidak bernyawa dipercayai membunuh diri di dalam sebuah kereta ketika namanya kecoh dikaitkan dengan kes dadah.

Mendiang didakwa mengambil beberapa jenis dadah di rumah salah seorang pelayan wanita yang bekerja di sebuah kelab mewah di Gangnam sejal awal tahun 2023.

Bagaimanapun, ujian saringan dadah yang dilakukan sebanyak dua kali mendapati aktor itu bersih daripada sebarang pengambilan barang terlarang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain