PEMINAT meluahkan rasa kecewa apabila timbul dakwaan teman lelaki penyanyi Lisa Blackpink adalah penyokong tegar Israel. Ia susulan keluarga kekasihnya iaitu Frederic Arnault dilaporkan menderma AS$120 juta atau RM500 juta kepada tentera Israel setiap tahun bagi tujuan peperangan di Palestin dan Lubnan. Lebih menimbulkan kemarahan peminat, ibu Lisa dikenali sebagai Mommy Chitthip juga dilihat meninggalkan tanda suka di beberapa komen pengikutnya berkaitan Israel di Instagram peribadinya. Lisa Blackpink dikecam dan dituduh pro Israel. Ini termasuk peminat yang memintanya berkunjung ke Israel selain komen menyatakan cinta terhadap Israel. Susulan itu, ramai peminat membuat spekulasi bahawa Lisa juga salah seorang penyokong dan tali barut Zionis apabila melihat sokongan ibu dan keluarga teman lelakinya. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen puji penampilan Lisa, semakin bergaya berbanding bersama Blackpink ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink dituduh plagiat MV Travis Scott, peminat dakwa perkara biasa Malah di platform X ramai peminat meluahkan rasa kecewa dengan Lisa dan enggan lagi menyokong karier seninya. "Kalau dah bercinta pun dengan penyokong terbesar Israel, faham sendirilah Lisa itu macam mana, mengecewakan! "Satu keluarga Zionis! Boleh nampak cara dia itu," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!