suria

Jeff Wittek pernah dijemput ke parti P. Diddy, terkejut beruk tengok tetamu telanjang 

Jeff memberitahu terkejut melihat keadaan parti P. Diddy.

PELAWAK Jeff Wittek mendedahkan pernah menyaksikan sendiri parti seks yang berlangsung di kediaman mogul Hip Hop P. Diddy beberapa tahun lalu.

Jeff, 34, berkata, ketika menghadiri parti berkenaan dia hanya hadir memakai baju kemeja T disebabkan menyangka ia hanya majlis keramaian biasa.

Pelawak itu bagaimanapun terkejut apabila melihat tetamu yang hadir rata-ratanya memakai pakaian seksi malah ada di antara mereka bertelanjang.

Copy of Untitled - 2024-10-04T140817.093

Jeff mendedahkan perkara itu menerusi sebuah temu bual podcast.

"Saya datang parti tersebut selepas dijemput sendiri oleh Diddy, dengar orang bercerita kemeriahan majlis diadakan memang luar biasa.

'Tapi bila sampai saya terkejut beruk tengok keadaan tetamu lain yang datang. Mereka semua buat seks secara terbuka, mereka macam dalam dunia sendiri.

"Itu kali pertama saya nampak benda macam itu, selebriti terkenal pun ramai yang terlibat. Memang gila," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis jumpa 1,000 botol ‘baby oil’ di rumah P. Diddy, hakim tolak ikat jamin RM213 juta

ARTIKEL BERKAITAN: 120 lagi mangsa kes jenayah seksual P. Diddy buat pengakuan... Paling muda budak 9 tahun

Dalam pada itu, Jeff menegaskan kehadirannya ke parti tersebut sekadar memenuhi jemputan dan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah membabitkan penyanyi rap terkenal itu.

Pada 16 September lalu, Diddy atau Sean John Combs, 54, ditahan oleh pihak polis di sebuah hotel atas tuduhan pemerdagangan seks dan keganasan seksual.

Nama Diddy terkait dengan skandal 'Freak Off' yang didakwa memperdaya wanita untuk terlibat dalam aktiviti seksual.

2920016

Diddy mengaku tidak bersalah atas segala pertduhan terhadapnya.

Diddy dikatakan merakam setiap perbuatan tersebut bagi menutup mulut mangsa supaya tidak mendedahkan aktiviti tidak bermoral tersebut secara terbuka.

Skandal tersebut menjadi tumpuan ramai apabila ia turut mengaitkan ramai selebriti terkenal lain yang ada di antara mereka turut menjadi mangsa kerasukan nafsu Diddy.

Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua kesalahan dilakukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain