suria

Selepas 20 tahun, Anne Hathaway kembali dengan ‘The Princess Diaries 3’

Anne mengesahkan penglibatannya dalam sekuel ketiga filem The Princess Diaries.

SELAPAS 20 tahun, pelakon Anne Hathaway dikhabarkan bakal membintangi sekuel ketiga filem The Princess Diaries tidak lama lagi.

Ketika khabar angin bertiup kencang dalam kalangan peminat filem tersebut, Anne, 41, memuat naik video pendek di Instagram seakan mengesahkan perkara itu.

Menerusi video tersebut, Anne dilihat mengira satu hingga tiga dengan jari namun pada kiraan ketiga, pelakon itu terus menyebut 'shut up' sebelum memberikan ciuman ke arah kamera.

Copy of Untitled - 2024-10-05T134418.428

Anne Hathaway membintangi filem tersebut 20 tahun lalu.

Difahamkan 'shut up' merupakan salah satu dialog yang dilontarkan Anne ketika melakonkan watak Mia Thermopolis dalan filem berkenaan.

Bukan itu sahaja, pelakon itu turut memberitahu dia bakal kembali ke Genovia menerusi ruangan kapsyen.

"Keajaiban berlaku, Puteri Mia kembali ke Genovia!," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Scarlett Johansson bakal bintangi filem ‘Jurassic World’, dijangka tayang 2025

ARTIKEL BERKAITAN: Umum hamil anak kedua, Anne Hathaway akui berusaha lawan kemandulan

Dalam perkembangan lain, DailyMail melaporkan Adele Lim yang merupakan pengarah filem Crazy Rich Asians akan mengarahkan Princess Diaries 3.

Bagaimanapun tarikh filem itu bakal ditayangkan masih dirahsiakan sehingga kini.

Sebelum ini, Anne terlibat dalam kedua-dua sekual filem tersebut termasuk The Princess Diaries 1 pada 2001 dan The Princess Diaries 2: Royal Engangement pada 2004.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain