ENGGAN lagi berdiam diri, penyanyi Gil Gun mendedahkan dia hampir menjadi 'pelacur atasan' bagi memuaskan nafsu golongan elit di Korea Selatan. Apa lebih menyedihkan, pihak pengurusannya sendiri bertindak sebagai dalang perbuatan keji itu dengan menjadi orang tengah memperkenalkan dia kepada golongan VIP. Mengimbau pengalaman tersebut, Gil Gun memberitahu pada awalnya dia terkejut malah tidak berhenti menangis apabila diminta melakukan perbuatan tidak senonoh. Gil Gun tak sanggup menggadai maruah demi wang. "Saya pernah dijemput ke sebuah restoran apabila ditanya tujuan minta saya datang, mereka kata hanya mahu melihat wajah saya. "Apabila tidak selesa, saya terus beredar sebelum menerima panggilan daripada pihak pengurusan menjelaskan tujuan pertemuan tersebut... Saya terus menangis! "Saya terlalu muda ketika itu dan tidak pernah berdepan dengan situasi sebegitu," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ungkit kontroversi pelakon ‘Parasite’, anggap tak layak diberi anugerah sepanjang hayat ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga kekasih didakwa derma RM500 juta setahun kepada Zionis, peminat kecewa Lisa Blackpink tergamak jadi tali barut Disebabkan perkara itu, Gil Gun memberitahu dia kerap bertukar syarikat pengurusan kerana enggan terjerebak dengan kegiatan tidak bermoral. Malah dia akan memastikan kontrak telus tanpa melibatkan aktiviti tidak berkaitan dengan karier seni. "Saya selalu bertukar syarikat pengurusan setiap kali melancarkan album baru. "Saya akan tanda tangan kontrak jika ia tidak melibatkan sebarang aktiviti tidak bermoral yang melanggar prinsip," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!