suria

Ayu Ting Ting dianggap biadab, pergi kenduri kahwin pakai gaun seksi

Penampilan Ayu di majlis perkahwinan pembantu peribadinya dikritik netizen.

PENAMPILAN pelakon Ayu Ting Ting di majlis perkahwinan pembantu peribadinya mendapat perhatian netizen apabila busana yang digayakan dituduh tidak menghormati acara.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Ayu atau Ayu Rosmalina, 32, dilihat hadir ke majlis perkahwinan pembantunya dikenali sebagai Sarah bersama beberapa anggota keluarga lain.

Bagaimanapun gaun rona kuning bermotif floral yang digayakan oleh penyanyi berkenaan menjadi bualan netizen kerana dikatakan biadab dan dianggap seperti ingin berlibur ke pantai.

Pakaian santai keluarga Ayu turut mendapat perhatian netizen.

Pakaian santai keluarga Ayu turut mendapat perhatian netizen.

Tidak hanya Ayu, anggota keluarganya yang lain turut dipersoalkan kerana tampil dengan busana santai.

"Kenapa pakaian Ayu seperti mahu ke pantai? Pakaiannya seperti tidak menghormati pengantin.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting jawab tuduhan adik bekas tunang, berpisah bukan sebab masalah kewangan

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih diam isu putus tunang, adik sindir Ayu Ting Ting punca ikatan terlerai

"Walaupun barangan yang dipakai mahal, tapi sopan ke kalau pakai begitu di majlis kahwin orang begitu? Satu keluarga pula tu," tulis netizen.

Bagaimanapun, seorang jurusolek turut meninggalkan komen di ruangan hantaran Instagram tersebut menjelaskan Ayu memang mahu ke pantai.

"Ayu memang mahu ke pulau. Saya yang solekkan pengantin. Jadi dia singgah sebentar ke majlis perkahwinan Sarah" ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain