ANGGOTA kumpulan T-ara iaitu Park Ji Yeon dan pemain besbol, Hwang Jae Gyun dalam proses penceraian selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Perkara itu disahkan sendiri oleh Ji Yeon, 31, yang memaklumkan tiada persefahaman sebagai punca mereka mengambil keputusan bercerai. "Hello, ini Ji Yeon. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kerana mahu memaklumkan berita sedih yang berlaku dalam rumah tangga saya. Ji Yeon dan Jae Gyun sudah tiada persefahaman. "Jae Gyun dan saya sudah bersetuju menamatkan perkahwinan kami," katanya. Dalam pada itu Jae Gyun pula dalam satu kenyataan menjelaskan perbezaan personaliti menjadi punca perpisahan mereka. Atlet itu menambah dia dan Ji Yeon bersetuju untuk terus menyokong satu sama lain dan bergerak ke hadapan dalam karier masing-masing. “Saya dan Ji Yeon bersetuju untuk bercerai setelah banyak pertimbangan kerana perbezaan personaliti. ARTIKEL BERKAITAN: Ji Yeon T-ara kini bergelar isteri pemain besbol, kongsi foto perkahwinan dengan peminat ARTIKEL BERKAITAN: Park Ji Yeon umum bakal berkahwin dengan pemain besbol profesional “Kami mengemukakan permohonan perceraian kepada Mahkamah Keluarga Seoul dan merancang untuk menyelesaikan proses itu secara baik. "Walaupun hubungan kami sebagai pasangan bakal berakhir, kami akan terus menyokong antara satu sama lain demi melangkah ke hadapan. "Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada peminat kami atas sebarang kekecewaan disebabkan perkara ini," jelasnya. Ji Yeon dan Jae Gyun tetap akan beri sokongan antara satu sama lain. Menjengah ke Instagram Ji Yeon, penyanyi itu dilihat cuba melupakan suaminya dengan bertindak memadam semua gambar dan video melibatkan Jae Gyun. Malah semua video memaparkan mengenai Jae Gyun di saluran YouTube milik Ji Yeon juga turut dipadam. Untuk rekod, Ji Yeon melangsungkan perkahwinan dengan Jae Gyun pada 10 Disember 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!