suria

Andrew Garfield tanggung malu terlalu menjiwai watak, tak sedar pengarah sudah ‘cut’ babak intim

Andrew berkongsi pengalaman memalukan sewaktu melakonkan babak intim.

PELAKON Andrew Garfield menceritakan kisah memalukan sewaktu melakonkan babak intim bersama pelakon wanita Florence Pugh ketika pengambaran filem We Live in Time.

Andrew atau Andrew Russell Garfield, 41, berkata, gara-gara terlalu leka sewaktu melakonkan aksi intim, dia tidak menyedari pengarah sudah menamatkan rakaman aksi itu dan memintanya untuk berhenti.

"Saya terlalu leka dengan adegan tu sampai terlupa dengan babak sebenarnya.

Andrew tidak mendengar arahan pengarah.

Andrew tidak mendengar arahan pengarah.

“Kami terlalu menjiwai watak dan kami melakukan perkara lebih daripada sepatutnya sehingga kami tidak mendengar arahan “cut” daripada pengarah,” katanya.

Berkongsi mengenai kejadian itu, Andrew berkata pengarah filem John Crowley berada di bilik yang berasingan sewaktu pengambaran dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN : Demi jayakan watak dalam filem, Andrew Garfield berpuasa dan elak hubungan seks

ARTIKEL BERKAITAN : Andrew Garfield Masih Minat Emma Stone

Pelakon Amazing Spider itu juga berkata, mereka tidak dapat mengawal nafsu dan hilang pemikiran waras setelah digandingan bersama.

Menyedari perbuatannya itu salah, Andrew berasa segan setelah mengetahui kru pengambaran mengahadap ke dinding apabila dia melakukan aksi tersebut.

Untuk rekod, Andrew teleh membintangi filem We Live in Time dan ia akan di tayangkan di pawagam Amerika Syarikat pada 11 Oktober ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain