suria

Status jutawan sudah tiada guna, kaya bukan tiket P. Diddy dapat layanan VIP di penjara

Diddy tidak menerima layanan istimewa sepanjang dipenjarakan.

MOGUL rap P. Diddy tidak mendapat sebarang layanan istimewa sepanjang berada dalam tahanan penjara walaupun bergelar jutawan.

Bintang realiti Timothy Smith yang merupakan seorang banduan berkata, kekayaan dimiliki Diddy bukan tiket untuknya menerima sebarang keistimewaan sebaliknya semua banduan dilayan sama rata.

"Wang dan kekayaan tidak memberi manfaat kepadanya. Ramai fikir sel penjara itu mempunyai kemudahan seperti televisyen dan radio.

diddy1 - 1

Kekayaan tidak memberi kelebihan buat Diddy.

"Semua itu tidak ada sebaliknya banduan hanya diberi kitab Bible dan sebuah buku setiap minggu. Itu sahaja," katanya seperti dilaporkan Daily Mail.

Dalam pada itu, Smith memberitahu setiap banduan juga hanya dibenarkan memiliki beberapa keperluan asas seperti baju dan kasut sukan.

Malah mereka juga hanya dibenarkan membuat panggilan telefon sekali sebulan selama hanya 30 minit.

ARTIKEL BERKAITAN: 120 lagi mangsa kes jenayah seksual P. Diddy buat pengakuan... Paling muda budak 9 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Jeff Wittek pernah dijemput ke parti P. Diddy, terkejut beruk tengok tetamu telanjang

"Jika mereka mendapati ada barang keperluan berlebihan, pemeriksaan akan dibuat dan pihak berkuasa akan merampas semuanya," katanya.

Pada 16 September lalu, Diddy ditahan oleh pihak polis di sebuah hotel atas tuduhan pemerdagangan seks dan keganasan seksual.

Nama Diddy terkait dengan skandal 'Freak Off' yang didakwa memperdaya wanita untuk terlibat dalam aktiviti seksual.

dd1 - 1

Diddy tidak mengaku atas semua dakwaan yang dibuat terhadapnya.

Diddy dikatakan merakam setiap perbuatan tersebut bagi menutup mulut mangsa supaya tidak mendedahkan aktiviti tidak bermoral tersebut secara terbuka.

Skandal tersebut menjadi tumpuan ramai apabila ia turut mengaitkan ramai selebriti terkenal lain yang ada di antara mereka turut menjadi mangsa kerasukan nafsu Diddy.

Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua kesalahan dilakukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain