TIDAK sampai sebulan bersalin, penyanyi rap Cardi B dilaporkan melakukan pembedahan membuang lemak bagi mengurangkan berat badan dengan cepat. Penampilan Cardi yang langsing ketika menghadiri Minggu Fesyen Paris yang berlangsung pada 23 September lalu disifatkan sebagai tidak masuk akal. Netizen tidak percaya Cardi mampu mendapatkan bentuk tubuh langsing dalam tempoh singkat apatah lagi selepas baru melahirkan anak pada 8 September lalu. Cardi memberi tahu dia mencapai bentuk tubuh langsing dengan bantuan bengkung. Menafikan tuduhan tersebut, Cardi sebaliknya menjelaskan saiz pinggangnya mengecil selepas mengamalkan memakai bengkung. "Anda semua kena tenang, macam inilah bentuk badan saya sebelum mengandung. "Dalam gambar ini, pinggang saya nampak langsing sebab rajin pakai bengkung. Memang anda semua tak pakai otak bila berfikir? ARTIKEL BERKAITAN: Offset dakwa isteri curang, Cardi B mengaku main kayu tiga ketika hamil ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B selamat bersalin anak ketiga, timang bayi perempuan "Baru beberapa hari lepas anda puji bentuk badan saya. Awak rasa saya ada masa nak buat pembedahan dalam tempoh dua hari?," ujarnya. Untuk rekod, Cardi berkahwin dengan penyanyi rap iaitu Offset pada September 2017 dan pasangan itu sedang dalam proses bercerai. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!