SPEKULASI keretakan rumah tangga pelakon Baim Wong akhirnya terjawab apabila aktor itu dilaporkan memfailkan cerai terhadap isterinya, Paula Verhoeven pada Isnin. CNN Indonesia melaporkan permohonan cerai itu dibuat di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia. Perkara itu disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Baim. Pasangan ini dilaporkan sudah tidak tinggal sebumbung. "Betul iya, Baim ada failkan penceraian," katanya. Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi bualan hangat netizen selepas Paula dilihat menunaikan ibadah umrah bersendirian tanpa kehadiran Baim. Pasangan itu bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubungan perkara itu. ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong mengaku jarang balik rumah, jawab gosip sedang berdepan masalah rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Baim Wong didakwa sedang bergolak, tidak lagi tinggal bersama isteri dan anak-anak Bukan itu sahaja, Baim turut mengakui sudah jarang pulang ke rumah dan sering tidur di pejabat. Untuk rekod, Baim dan isteri iaitu Paula Verhoeven telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang berusia dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!