RAMAI sedia maklum, penyanyi rap Kanye West dan juga Bianca Censori sudah pun memfailkan perceraian selepas 22 bulan mendirikan rumah tangga. Berdasarkan laporan RadarOnline, Bianca dikatakan menghadapi kehidupan yang rumit dan sengsara sepanjang bergelar isteri kepada Kanye. Bianca juga dilaporkan kecewa dan menganggap maruahnya tercalar apabila Kanye mengawal pemakaiannya dan perlu mengikut citarasa suami. Bianca kecewa dengan sikap Kanye yang suka mengongkong. Malah, secara terbuka dia mendedahkan sikap buruk suaminya itu yang dikatakan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dalam masa sama, Bianca juga enggan kerjayanya sebagai arkitek profesional terjejas gara-gara kontroversi melibatkan Kanye. Sumber itu turut memberitahu Bianca sebenarnya sudah lama mahu berpisah namun terhalang disebabkan anak-anak penyanyi tersebut. "Dia masih kekal dalam perkahwinan kerana anak-anak Kanye dan Kim Kardashian," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West sedia bercerai dengan isteri, mahu jalani hidup bujang ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West naik pesawat kelas ekonomi, pakai jubah mandi sepanjang penerbangan Rumah tangga Kanye dan Bianca dikatakan goyah apabila terdapat laporan mengatakan mereka sudah lama tidak kelihatan bersama. Untuk rekod, Kanye dan Bianca berkahwin pada Disember 2022,hanya dua bulan selepas penceraiannya dengan bintang realiti Kim Kardashian. Hasil perkahwinan Kanye dan Kim, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu North, 11, Saint, 8, Chicago, 6, and Psalm, 5. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!