suria

Kanye West sedia bercerai dengan isteri, mahu jalani hidup bujang

Kanye didakwa mahu bercerai dengan Bianca.

PENYANYI rap Kanye West didakwa sudah bersedia untuk bercerai selepas dilaporkan berpisah dengan isteri iaitu Bianca Censori sejak beberapa minggu lalu.

Mirror melaporkan, sumber memberitahu Bianca terbang ke Australia untuk meluangkan masa bersama keluarga manakala penyanyi rap berusia 47 tahun itu kini berada di Tokyo, Jepun.

Tidak hanya itu, Kanye juga dikatakan memberitahu rakan-rakannya bahawa kehidupannya bersama isteri sudah selesai dan mahu hidup sebagai orang bujang.

kany ee - 1

Kanye berhasrat untuk kembali hidup membujang.

Kali terakhir pasangan itu bergambar bersama adalah pada 20 September lalu ketika membeli-belah di kota Jepun.

Awal tahun ini, Kanye dan Bianca seperti memberi gambaran sudah bersedia untuk menimang cahaya mata bersama.

Pada Februari lalu, peminat meneliti semula lirik lagu nyanyian Kanye menerusi album baharu berjudul Keys to My Life, yang membayangkan penyanyi berkenaan sudah bersedia untuk mempunyai 'bayi lain' (lirik another baby).

ARTIKEL BERKAITAN: Kim minta Kanye West nasihat isteri pakai baju, tak selesa anak-anak tengok Bianca separuh bogel

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hantar video lucah kepada pekerja bawah umur, Kanye West gelar mereka hamba abdi

Untuk rekod, Kanye dan Bianca berkahwin pada Disember 2022, hanya dua bulan selepas penceraiannya dengan bintang realiti Kim Kardashian.

Hubungan cinta antara Kanye dan Bianca mula dihidup selepas penyanyi berkenaan melancarkan lagu Censori Overload pada dua tahun lalu.

Sejak berkahwin, pasangan kontroversi ini sering menjadi perhatian pihak media dan mereka juga selalu dilihat menggayakan pakaian yang unik ketika berada di khalayak ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain