suria

Hanni NewJeans terfikir kahwin muda, ikut jejak langkah ibu bapa

Hanni terfikir mahu tamatkan zaman bujang pada usia 24 tahun.

ANGGOTA kumpulan New Jeans iaitu Hanni memasang angan-angan untuk menamatkan zaman bujang pada usia 24 tahun.

Hanni atau nama sebenarnya Phạm Ngọc Hân, 20, berkata, keinginan berkahwin pada usia muda itu terjadi kerana mahu mengikut jejak ibu dan bapanya.

"Ibu bapa saya berkahwin pada usia 24 tahun, jadi saya selalu ingin berkahwin pada usia 24 ketika saya masih muda.

size NP 1 - 2024-10-08T153519.422

Hanni mahu ikut jejak ibu bapanya yang berkahwin pada usia muda.

"Ada 4 tahun lagi tapi kita tak tahu di masa hadapan macam mana," katanya.

Hanni berkongsi perkara itu menerusi perbualan dengan peminat melalui aplikasi komunikasi peminat NewJeans, Phoning.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanni NewJeans mengaku suka makan tempe, peminat Indonesia dan Malaysia bangga

ARTIKEL BERKAITAN: NewJeans terima ugutan bunuh, pihak pengurusan giat jejak pemilik akaun IG

Namun penyanyi itu terus beredar daripada ruangan aplikasi berkenaan dan memberitahu para peminatnya jangan fikirkan perkara itu terlalu mendalam.

"Saya pergi dahulu, jangan fikir terlalu dalam. Sayang awak semua," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain