PELAKON asal Indonesia iaitu Baim Wong mendedahkan sikap curang isterinya iaitu Paula Verhoeven menjadi punca dia memfailkan cerai. Kata Baim, 43, sudah lebih setahun dia cuba pertahankan rumah tangganya itu namun tidak berhasil. "Sebenarnya saya berada dalam keadaan yang sangat sulit. Saya dikhianati dua orang terdekat. Lelaki itu rakan baik saya sendiri. Baim tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi kisah kemelut rumah tangga. "Saya sendiri juga tidak percaya. Selama ini saya bertahan selama setahun kerana anak-anak," katanya dalam satu sidang media. Baim sebelum ini mengesahkan dia telah membuat permohonan cerai terhadap Paula pada Isnin di Mahkamah Agama Jakarta Selatan, Indonesia. Kenyataan itu sekali gus menjawab persoalan tentang spekulasi keretakan rumah tangga mereka yang selama ini menjadi bualan ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong fail cerai terhadap isteri, terjawab khabar angin keretakan rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong mengaku jarang balik rumah, jawab gosip sedang berdepan masalah rumah tangga Tambah Baim dia juga tidak mahu lagi menyimpan dendam terhadap isteri dan rakannya itu meskipun tahu akan hubungan sulit mereka. "Selepas kejadian itu saya sudah maafkan... dengan cara saya. "Saya juga berdoa mudah-mudahan mendapat hidayah dan diberi jalan yang benar. Saya tidak mahu ada dendam," ujarnya. Baim sudah memaafkan Paula. Dalam masa sama Baim mengesahkabn sudah tujuh bulan tinggal berasingan dengan Paula. Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018. Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!