suria

Dua Lipa batal konsert di Jakarta saat akhir, pentas tak tepati piawaian keselamatan

Dua sedih tidak dapat melangsungkan konsert jelajahnya di Jakarta, Indonesia.

PENYANYI Dua Lipa membatalkan konsert jelajah Asia Radical Optimism yang sepatutnya berlangsung pada malam Sabtu di Jakarta, Indonesia.

Keputusan tersebut dibuat selepas mendapati pentas yang disediakan di lokasi Indonesia Arena oleh pihak penganjur tidak menepati piawaian keselamatan.

"Dengan perasaan sedih saya ingin mengumumkan tidak dapat membuat persembahan di Jakarta.

Copy of Untitled - 2024-11-09T121252.844

Dua membatalkan konsert atas alasan pentas tidak selamat.

"Saya sudah berada di sini dan bersedia untuk mengadakan persembahan tetapi ia tidak dapat diteruskan kerana keadaan pentas yang tidak selamat," katanya.

Dua berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada malam Jumaat.

Penyanyi berkenaan kini berada di Jakarta selepas mengadakan konsert dua malam di Stadium Tertutup Singapura pada 5 dan 6 November lalu.

Dua juga bakal mengadakan konsert di Filipina, Thailand dan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Lipa batal pelancaran muzik video, bimbang elemen peperangan singgung perasaan masyarakat Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Jalin hubungan baharu dengan penyanyi rap... Dua Lipa dah jumpa pengganti selepas putus Travis Noah

Sementara itu, peminat meluahkan rasa kesal apabila impian mereka untuk menyaksikan persembahan Dua tidak kesampaian.

Malah ramai menyalahkan penganjur yang membuat kerja sambil lewa serta mengabaikan aspek penting dalam sesebuah konsert.

"Batal? Saya sudah dalam penerbangan ke Jakarta nak menonton konsert Dua Lipa.

"Pihak penganjur bukan kali pertama buat konsert artis antarabangsa, mustahil standard keselamatan pun tak tahu," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain