SELEPAS hampir dua dekad mencipta nama sebagai penyanyi, Rihanna memberi bayangan akan meninggalkan dunia seni buat selama-lamanya. Rihanna berkata walaupun muzik menjadi penyebab dia terkenal dan berjaya namun dia percaya Tuhan mempunyai perancangan lain dalam fasa seterusnya dalam kehidupannya. "Walaupun muzik adalah penyebab saya terkenal, Tuhan mempunyai rancangan lain untuk saya mahu ke hadapan," katanya. Rihanna memakai baju kemeja T tertera perkataan 'Saya Bersara'. Rihanna berkongsi perkara itu ketika berucap di acara Fenty Beauty di Barbados pada Jumaat lalu. Dalam pada itu, kenyataan tersebut membuatkan peminat Rihanna kecewa dan menganggap industri muzik kehilangan ikon dalam industri muzik. Apatah lagi ramai teruja menantikan album terbaharunya selepas sembilan tahun sepi daripada sebarang karya baharu. "Jika benar Rihanna bersara daripada dunia muzik ia adalah perkara menyedihkan tetapi tiada siapa boleh menilai keputusan dibuat. ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna bagi ‘hint’ nak bersara, peminat perasan sengaja tutup baby bump ARTIKEL BERKAITAN: Selepas hampir setahun akhirnya Rihanna kongsi nama anak... tapi netizen pula keliru cara sebutan "Harap-harap apa dia katakan itu tidak benar! Ini bukan masanya untuk Rihanna bersara. "Mungkin Tuhan ada perancangan lain untuk Rihanna. Rihanna sudah bersara!," komen netizen. Sementara itu, ramai kembali berkongsi foto penyanyi lagu Umbrella itu memakai baju kemeja T tertera perkataan 'Saya Bersara' awal tahun ini. Penyanyi itu dilaporkan mahu bersara dari dunia muzik untuk memberi tumpuan penuh kepada perniagaannya iaitu Fenty Beauty yang menjadi fenomena global. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!