PELAKON Bollywood, Shah Rukh Khan sekali lagi menerima ugutan bunuh dibuat oleh seorang lelaki yang turut menuntut bayaran sebanyak RM250,000. Lelaki berkenaan membuat panggilan ke Balai Polis Daerah Bandra pada Selasa lalu menuntut wang berkenaan dan mengugut akan mencederakan pelakon itu sekiranya tidak menyerahkan wang tersebut. Panggilan dibuat terus ke balai polis kerana lelaki itu dikatakan tidak mempunyai nombor telefon peribadi pelakon itu. Shah Rukh Khan sudah banyak kali menerima ugutan bunuh. Hasil siasatan dan risikan mendapati panggilan ancaman itu dibuat dari daerah Raipur dan pihak berkuasa bertindak menjejaki pemilik nombor telefon berkenaan. Polis kemudian mendapat nombor berkenaan adalah milik seorang peguam bernama Faizan dan dimaklumkan telefon bimbit miliknya dicuri tiga hari sebelum panggilan dibuat. Faizan turut membuat laporan polis berhubung kehilangan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Hisap 100 batang rokok sehari, Shah Rukh Khan insaf selepas alami sesak nafas ARTIKEL BERKAITAN: Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital, Juhi Chawla kongsi keadaan terkini sahabat baik Sementara itu, anggota polis yang bertugas ketika panggilan dibuat memberitahu lelaki berkenaan enggan mendedahkan nama serta alamat dan hanya mahu dikenali sebegai 'Hindustani' atau warga India. Ancaman bunuh terhadap Shah Rukh Khan sudah beberapa kali berlaku termasuk selepas dia menerima kejayaan besar menerusi filem Pathaan dan Jawan pada tahun 2023. Sehubungan itu pihak polis kini mengingkatkan kawalan terhadap Shah Rukh Khan kerana bimbang bintang tersebut menerima ancaman di tempat awam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!