suria

Tak bersalah! Jessi bebas tuduhan serang peminat

Jessi dibebaskan daripada tuduhan menyerang peminat.

PENYANYI Jessi didapati tidak bersalah atas dakwaan menyerang seorang peminat bawah umur pada September lalu.

Allkpop melaporkan, Jessi sebelum ini menjalani siasatan di Balai Polis Gangnam pada 16 Oktober lalu dan selepas beberapa minggu siasatan pihak berkuasa tidak menemui sebarang bukti penglibatannya dalam serangan tersebut.

Oleh yang demikian, pihak polis membuat keputusan untuk tidak meneruskan dakwaan tersebut.

jessi - 1

Polis tidak menjumpai bukti kukuh Jessi menyerang peminat.

Meskipun Jessi bebas daripada tuduhan tersebut, polis tetap akan meneruskan siasatan terhadap penerbit yang dikenali sebagai Koala atas tuduhan menyerang kerana mempunyai bukti kukuh.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Koala yang ada bersama Jessi dilihat memberi ancaman kepada peminat berkenaan.

Selain Koala, seorang lagi individu yang berada bersama Jessi di dalam rakaman video tersebut turut dihadapkan didakwa atas tuduhan menyerang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jessi selesai beri keterangan kes serang peminat, tiba-tiba muncul wanita buat pendedahan kisah lama

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat dipukul minta bergambar, Jessi mohon maaf secara terbuka

Pada 29 September lalu, seorang peminat cuba mendekati Jessi untuk merakamkan gambar bersama.

Namun permintaan tersebut dihalang oleh seorang lelaki yang berdiri dekat dengan Jessi ketika itu.

Susulan kejadian yang berlaku, seorang mangsa lain mendedahkan pernah berdepan situasi sama pada Mei 2013.

Wanita berkenaan mendakwa Jessi bersama dua orang rakannya melakukan serangan di sebuah kelab.

Mereka juga merampas beg tangan wanita tersebut dan menuntut permohonan maaf secara melutut bagi mendapatkannya semula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain