SELEPAS beberapa permohonannya gagal, mogul rap P. Diddy sekali lagi menawarkan pakej ikat jamin sebanyak AS$50 juta (RM219.7 juta) termasuk sebuah banglo mewah bernilai RM210 juta di Florida. USA Today melaporkan cadangan tersebut dikemukakan Diddy bagi membolehkan dia dibebaskan dari tahanan penjara dekat Brooklyn selepas ditahan selama lapan minggu atas tuduhan melakukan pemerdagangan seks. Ini bukan kali pertama Diddy menawar pakej ikat jamin berkenaan, namun kesemua tawarannya ditolak pihak mahkamah atas alasan risiko kemungkinan dia melarikan diri dan mengugut saksi. Diddy bersetuju untuk diletakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa. Peguam Diddy iaitu Alexandra Shapiro turut mengemukan syarat tambahan dengan jaminan bahawa mogul hip hop itu tidak akan melarikan diri atau mendatangkan bahaya kepada masyarakat. Jelasnya, dia bercadang agar Diddy diletakkan dibawah pengawasan ketat pihak berkuasa selain ditahan di kediamannya tanpa berhubung dengan pihak luar. Malah penyanyi itu turut tidak diberikan akses internet termasuk pasport antarabangsa miliknya diserahkan kepada mahkamah. ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy terpaksa jual rumah mewah pada harga rendah, mahu tampung kos guaman mahal ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy diletakkan dalam pengawasan ketat di penjara, ada kecenderungan bunuh diri Pada 16 September lalu, Diddy ditahan polis di sebuah hotel atas tuduhan melakukan pemerdagangan seks dan serangan seksual terhadap lebih daripada 100 mangsa termasuk remaja di bawah umur. Sejak kes tersebut menjadi bualan, ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu seperti Usher, Justin Bieber dan Meek Mill. Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua kesalahan tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!