PENYANYI T.O.P berdepan pelbagai cabaran dan dugaan untuk menjayakan watak Thanos dalam siri Squid Game musim kedua. Dedah pelakon Im Siwan, lakonan T.O.P seharusnya dipuji kerana aktor itu masih mampu meneruskan sesi penggambaran meskipun ketika itu dia mengalami kecederaan patah tulang rusuk. Tambah Siwan, kejadian tersebut berlaku ketika mereka berdua sedang giat menjalani latihan bagi babak aksi sehingga menyebabkan penyanyi tersebut terjatuh. Bagaimanapun, ramai netizen yang mengutuk lakonan T.O.P dalam Squid Game. "Kami pergi ke kelas berlakon aksi bersama-sama. Kami berdua melakukan sehabis baik dalam adegan aksi tersebut sehinggalah T.O.P terjatuh dan patah tulang rusuknya. "Saya pernah mengalami perkara sama (patah tulang rusuk). Jadi saya tahu bertapa sakitnya. Saya tidak boleh bernafas dengan betul ketika itu. "Tetapi T.O.P tetap teruskan sahaja. Ketika itu saya sedar yang komitmen dia memang berada di tahap yang lain," katanya dalam satu temu bual. ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah puji tapi penonton benci T.O.P. dalam Squid Games 2 ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon buat ‘comeback’, peminat terkejut suara dah berubah lebih garau... Ada pula samakan macam T.O.P Ditanya mengenai reaksi negatif penonton terhadap lakonan T.O.P, Si-wan memberi respon bahawa watak Thanos adalah sangat sukar untuk dibawakan. "Lakonan adalah sujektif, jadi mesti ada pendapat yang berbeza. Kalau saya kena bawa watak itu, saya tidak boleh lakukannya sebagus T.O.P," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!