suria

Malu tengok babak intim anak, bapa Chae Soo Bin tutup TV

Soo Bin kongsi aksi ibu bapa ketika adegan mesra yang dilakukannya.

BABAK mesra pelakon Chae Soo Bin bersama Yoo Yeok Seok menerusi drama bersiri When The Phone Rings meraih perhatian ramai.

Berkongsi mengenai perkara itu, Soo Bin berkata bapanya berdepan saat sukar menonton babak mesra yang dilakonkan dalam drama berkenaan.

Katanya, sebelum ini ayahnya memilih untuk menutup televisyen sekiranya adegan tersebut terpapar di televisyen.

chae 2

Keserasian Chae Soo Bin bersama Yoo Yeok Seok raih pujian.

"Ayah tidak tahan menonton adegan ciuman dan terus menutup televisyen. Saya boleh bayangkan sukar bagi dia untuk menonton karya kali ini.

"Sebelum ini pun, ayah saya agak sukar menonton adegan-adegan seperti itu," katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Soo Bin memberitahu bapanya tiada di rumah ketika drama berkenaan disiarkan di televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Paris Hilton hangus dijilat api, sedih banyak kenangan musnah

ARTIKEL BERKAITAN: Go Kyung Pyo masih waras, jawab tuduhan ambil foto tak senonoh bersama wanita dalam ‘photo booth’

Namun akan menonton kembali apabila bersendirian sebelum tidur.

Berlainan pula dengan ibunya yang memuji lakonan setiap episod drama berkenaan.

"Ibu saya menonton setiap episod dan mengakui ia menarik. Ayah pula ketika itu tiada di rumah semasa siaran langsung namun akan menonton Netflix sebelum tidur," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain