USIA sudah mencecah 65 tahun, namun personaliti media sosial, Hotman Paris memberitahu dia masih belum bersedia untuk bergelar seorang datuk. Kata Hotman atau nama sebenarnya Hotman Paris Hutapea dia masih tidak dapat meninggalkan kehidupan lamanya yang sering berparti. "Setiap anak mesti nak kahwin, hati saya berat sebab tidak lama lagi saya akan mempunyai cucu. Hotman mengakui maish seronok berhibur pada usia lewat 60-an "Saya tak bersedia jadi datuk lagi. Saya masih berjiwa muda, lebih suka clubbing," katanya dalam sebuah program temu bual di Indonesia. Bukan itu sahaja, Hotman memberitahu dia masih lagi aktif menguruskan perniagaan pusat hiburan miliknya sehingga kini. ARTIKEL BERKAITAN: Video joget bersama Hotman Paris tersebar, netizen bengang suami tetap pertahan Azizah Salsha ARTIKEL BERKAITAN: Cut Tari Lantik Peguam Untuk Bercerai? "Dulu masa kerja di luar negara walaupun isteri saya pun ikut masuk kelab malam tetapi saya tetap didekati wanita-wanita cantik," jelasnya. Kata-kata Hotman mengundang rasa kurang senang netizen sehingga ada yang menasihati peguam sensasi itu agar bermuhasabah diri. Malah netizen turut meminta Hotman untuk lebih matang ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan pihak lain. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!