suria

Anak Nikita Mirzani lari dari pusat pemulihan, tak tahan tinggal bersama pesakit HIV dan pelacur

Lolly (kiri) dilaporkan melarikan diri dari pusat pemulihan wanita.

TAK sampai empat bulan, anak perempuan pelakon Nikita Mirzani melarikan diri dari sebuah pusat pemulihan wanita di Jakarta, Indonesia pada Khamis.

Tribun News melaporkan, Lolly, 17, melarikan diri dari Pusat Pemerkasaan Wanita (UPT PPA) kerana sudah tidak tahan dengan keadaan di sana yang disifatkan sebagai tidak kondusif.

Malah dakwa Lolly, sepanjang berada di tempat tersebut, dia ditempatkan bersama wanita yang menghidap HIV, bekas pelacur serta mereka yang mengalami masalah mental.

lolly1 - 1

Lolly (kanan) melarikan diri untuk bertemu dengan Razman (kiri).

"Saya lari, sudah tak tahan! Saya ditempatkan bersama pesakit HIV dan individu yang mempunyai masalah mental.

"Siapa yang mahu tinggal bersama orang gila? Nak cuba? Silakan," katanya.

Bercerita mengenai tindakannya itu, Lolly memberitahu dia melarikan diri sekitar pukul 11 malam dan terus ke pejabat peguam Razman Nasution yang mewakili kekasihnya iaitu Vadel Badjideh.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani hantar Lolly ke pusat pemulihan wanita, berazam sumbat kekasih anak dalam penjara

ARTIKEL BERKAITAN: Vadel Badjideh mahu kahwin anak Nikita Mirzani, nafi rogol dan paksa kekasih gugurkan kandungan

Menurut Lolly, keputusan bertemu Razman kerana sudah hilang kepercayaan terhadap ibunya sendiri.

"Apa yang dikatakan oleh ibu saya (Nikita) semuanya bohong. Dia cakap sudah berjumpa dengan saya itu juga bohong," ujarnya.

Pada 19 September tahun lalu, Nikita nekad menghantar Lolly ke pusat pemulihan berkenaan selepas menangkap remaja itu di rumah sewanya.

Ia susulan bagi menyelamatkan Lolly daripada Vadel yang didakwa pernah menghamilkan remaja itu sebanyak dua kali dan memaksanya melakukan pengguguran.

Vadel (kanan) didakwa merogol Lolly sehingga hamil luar nikah.

Vadel (kanan) didakwa merogol Lolly sehingga hamil luar nikah.

Sebelum ini, Nikita juga sudah melaporkan kekasih Lolly kepada pihak berkuasa atas dakwaan persetubuhan luar nikah dan meminta anaknya menggugurkan kandungan secara paksa.

Untuk rekod, Lolly atau Laura Meizani Nasseru Asry adalah anak hasil perkahwinan pertama Nikita dengan Aizawa Nasseru pada 2006.

Sejak dua tahun lalu, hubungan dua beranak ini sering bermasalah sehingga Nikita nekad membuang Lolly dan enggan ada kaitan dengannya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain