suria

Perkahwinan 16 tahun berakhir, Jessica Alba dan suami berpisah

Jessica dan Cash kini dalam proses penceraian.

SELEPAS 16 tahun mendirikan perkahwinan, pelakon Jessica Alba dan suaminya iaitu penerbit Cash Warren didakwa berpisah.

TMZ melaporkan pasangan itu kini sedang meneruskan proses penceraian mereka di mahkamah.

Spekulasi berkenaan mula timbul selepas Jessica dilihat tampil menghadiri majlis pra-Golden Globe tanpa menyarung cincin perkahwinannya.

Copy of Untitled - 2025-01-09T130045.829

Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Punca perpisahan bagaimanapun masih belum didedahkan memandangkan pasangan itu memilih mengunci mulut sehingga kini.

Sementara itu, perkongsian Jessica pada malam tahun baru turut mencuri perhatian peminat.

Dalam hantaran berkenaan, bintang Fantastic Four itu menyifatkan 2024 sebagai tahun yang penuh dengan suka dan duka serta pengajaran buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jessica Alba Hamil Anak Ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar Hantu Terakam Di Foto Selfie Jessica Alba

Meskipun berpisah, Jessica tetap meluangkan masa bersama Cash ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka pada awal Januari lalu.

Untuk rekod, Jessica dan Cash mendirikan rumah tangga pada 19 Mei 2008.

Pasangan itu kemudiannya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Honor, 17, Haven, 14, dan Hayes berusia lapan tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain